Tuesday, December 29, 2009

krisis rumah sewa

Seperti yang telah diceritakan dalam pos sebelum2 ni, yeap rumah sewa seksyen 8 tu confirm ada pindah. no no no, bukan sorang ye, bukan juga 2, tiga juga bukan tapi 4 orang pindah. Daripada 7 terus tinggal 3 orang je yang stay rumah tu. Gile ah. Terbaik. Hmmph!


Memang perasaan sakit hati dan bengang akan membara di jiwa, tak kira siapa pun kalau benda macam ni berlaku kat kita. Mana taknya, beban semua datang kat kita la kan. Mana nak cari orang ganti diorang? Kalau takde orang takkan mampuih siapa nak bayar duit sewa rumah?? Gila ke apa rm1400 nak kena bahagi 3??


rumah seksyen 8


Tak kisah lah kan diorang nak pindah ke apa. Macam salah sorang daripada si pindah tu cakap kat aku, itu hak diorang kan. Tapi tak fikir ke kat kitorang yang stay ni? Kitorang pun student macam korang gak. Aku pun ambik PTPTN juga. Bukan apa, yang paling menyakitkan hati aku, bukan aku je tapi bebudak lain ialah diorang ni bukannya nak buat berbincang dulu. Kalau ada tak puas hati dengan rumah tu ke, ada plan nak pindah ke, bincang la satu rumah dulu. Setiap perkara boleh diselesaikan dengan perbincangan lah. Ini tidak, tau-tau cuti sem pakat nak blah ramai-ramai. Dah la blah time cuti sem. At least bagitau lah kitorang yang korang nak pindah 2-3 bulan sebelum tarikh korang nak pindah tu. Boleh lah jugak kitorang plan untuk make the next move ke ape kan. Time cuti sem ni ingat senang ke nak cari orang.


Kadang2 pepatah Melayu yang mengatakan "buat baik berpada2" itu betul juga. Kita buat baik dengan orang pun belum tentu dia ingat kat kita, atau pun dia ingat kejap je dalam 2-3 hari pastu lupa dah haha. Tapi janganlah kita lupa, kalau kita ikhlas buat benda baik tu ada balasannya dari yang Maha Esa. Jadi sentiasalah buat baik dengan ikhlas. Aku ni bukannya baik sangat pun tapi bila benda jadi macam ni aku memang sangat mengharapkan bantuan dari-Nya. Dan aku bukannya suka gaduh2, kalau boleh biarlah semua happy. Harap2 benda ni cepat settle. Aku doakan yang terbaik untuk kitorang dan diorang. Macam Hanis Zalikha cakap dalam blog dia, doakan yang terbaik untuk orang sebab doa tu akan datang balik ke kita! yeh


Sebelum cuti sem hari tu ada 2 orang kawan kitorang yang cakap nak join masuk rumah kitorang tu. So bilangan ahli rumah tu akan jadi 9 orang dan kitorang gembira nanti dapat bayar sewa murah. Akan tetapi, apabila mereka - mereka ni tiba-tiba je nak pindah, dan dah confirm pindah pun, dan lebih sadis lagi salah sorang daripada 2 orang kawan yang plan nak masuk tu tak dapat tawaran, maka hanya 4 orang je yang confirm stay situ next sem. Usaha punya usaha alhamdulillah so far dah dapat 3 orang, menjadikan bilangan ahli rumah sewa terkini ialah 7 orang. Still mahal jugak tu..dan kami masih mencari lagi


so kitorang amatlah berharap agar ada orang yang sudi join masuk rumah tu. Teres 4 bilik, Air elektrik free jangan risau. Aminnn. Apa2 pun, aku tetap bersyukur kerana setiap yang berlaku tu ada hikmahnya :)

till then ;)

9 comments:

Azam said...

hm.. geng dak cs intake baru ni x join rmh korg ke?

Amar Syafiq said...

xde la zam..nabil sorang je. yg lain dh kene kebas..haih

Faziera said...

ala kesiannye..ermm..nt 4th january budak2 yg sambung degree akan masuk uitm kn?why not u tampal iklan? who knows maybe ade yang berminat..
last week my bro cari umah sbb die dpt smbg degree at uitm..now die da dpt umah kat seks 7..
hope u dapat ur roommies soon..gud luck!

balqissy said...

woah~ memang geram kalo mende tu jadi cenggitu. but, yes. semua pon ada hikmah. Btw, good luck =D

Amar Syafiq said...

faziera : thanks for ur support! alhamdulillah dpt jugak roomate. ok la so far dah ada 9 org =)

balqissy : yup2 tau xpe. yg suffer nyer kitorg gak. btw thanks k ;)

Anonymous said...

weh, seri nak masuk.

Amar Syafiq said...

mcm kenal je anonymous ni..

Anonymous said...

tgl kt umah aku je ar sng...
ngade2 nk sewa ctu..
kn dh ssh....
murah je...rm 900...
tp aku bg ko sorg je la...
cz aku cume ade 1 niat je...
aku kwn ko sbb d**t~

Amar Syafiq said...

cam kenal je ayat tu..
ko main2 kan ngan aku
kan dah xpasal2 aksiden..hahaha :p

Post a Comment