Wednesday, August 19, 2009

Using UML

Start demam rasanya Khamis lepas. Semalamnya tu main futsal. Start dengan sakit tekak dan badan panas. Jumaat rasa macam dah ok sikit, tapi batuk pula datang. Sebelum tu macam dah pasrah je tak pergi MTV World Stage sebab tak dapat tiket. Tiba-tiba juga petang tu dapat call daripada rakan medprima offer 2 tiket. Malam tu juga pergi ambil. Terus ubah fikiran nak pergi konsert tu esoknya, walaupun dengan tahap kesihatan sebegitu. Bukan apa, dalam fikiran: Line-up - opportunity - photo2 - demand. Haha.

Esok tu pergi juga. Tanpa memakai apa-apa alat proteksi seperti mask dan sebagainya aku pun masuk dan menonton konsert itu. Professional Camera seperti DSLR tidak dibenarkan dibawa masuk. Akan tetapi pula, kat entrance beg aku yang dalamnya ada D60 tetapi dicover dengan baju dan seluar itu tidak diperasani oleh pemeriksa2 itu. Nasiblah siapa suruh tak check betul-betul. Konsert memang best. Raygun, AAR & Kasabian memang terbaik (Estranged tak sempat tengok).

Ahad sepatutnya ada program jalinan mesra apa entah kat UiTM tapi tak pergi. Batuk makin teruk. Sakit tekak masih ada. Demam masih juga. Tengah hari tu pergi klinik. Dapat MC 2 hari tapi klinik tu tak boleh check H1N1. Isnin tak pergi kelas. Selasa kembali ke UiTM dengan batuk-batuk masih di dada. Nasib bek hari ni 1 kelas je. Tapi sehingga sekarang batuk masih belum reda. Bahkan macam makin teruk. Selsema pun dah start datang balik. Badan macam panas tak panas macam tu lah. Risau juga ni. It's been 6 days already. Tu la pergi lagi tempat yang prone tu virus. Esok macam kena pergi buat med checkup je. UiTM sekarang ni ada buat free service. Ok la tu.

till then

No comments:

Post a Comment