Thursday, March 10, 2011

Cargas Margas Camping Trip


Salammmm 1 Malaysia

Sebenarnya dah lama nak post pasal benda ni, tapi oleh kerana kesibukan mendadak sebaik sahaja balik dari trip ni sampai lah sekarang jadi lambatlah post ni dipost di sini. wehiuu..

18 - 20 Februari lalu satu lagi camping trip anjuran bekas supervisor praktikel aku, Encik Elisa Mohd Isa atau lebih dikenali dengan nama 'Abang El' telah dianjurkan dan kali ini bertempat di Teluk Segadas, Pulau Pangkor. Ini dah kali ke-2 aku mengikuti camping anjuran Abg El ni selepas camping Kaki Rantau yang dia anjurkan 2 tahun lepas di Pulau Tinggi, Johor. Seperti biasa, camping Abg El memang tak pernah menghampakan. Dari segi aktiviti, makanan, tempat tidur, hiburan, semuanya tersusun rapi dan mantopp! haha

Seramai 11 orang attend camping ni, 3 orang datang lambat gila sabtu petang tu baru sampai. Aktiviti yang kitorang buat kebanyakannya seperti di Pulau Tinggi dulu. Mandi laut, snorkeling, fish feeding barbeque dan sebagainya. Yang lainnya camping dulu dengan yang ni, kitorang dapat naik jetski! Abang El tu 'extreme' sikit orangnya, dia boleh beli jetski sendiri pulak. Jetski tu pun bukan jenis yang biasa sewa kat tepi-tepi laut tu. Dia cakap jetski yg dia beli tu untuk long distance riding so speed dia lagi tinggi, lagi laju dan lagi gila lah cara dia bawak. Haha. Tapi untunglah kat kitorang, dapat jugak merasa naik menatang tu :p

Kelengkapan camping. dalam kotak tu semua makanan :D

Naik bot dari Marina Cove, Teluk Batik. Dah macam pelarian daa.. :p

Aktiviti mengemas dan memasang khemah

Tempat tidur, siap!

Para Cik Senah menyediakan makanan malam :p

Hah!

Tu dia producer AJL ajak main lawan ketam pulak... :p

Kat tepi Teluk Segadas, nama dia 'Rock Heaven'

Santai tepi pantai sebelum pergi snorkeling

On the way snokerling

Lagi satu, bezanya camping anjuran para-para student dengan mereka yang dah bekerja dan bekerjaya ni, bekalan makanan memang tip-top dan berlebih-lebihan! Barbeque sahaja makanan-makanan dia dah mewah. Malam 1st, barbeque sotong, udang, ikan yang mantopp. Malam 2nd, barbeque ayam yang lagi mantopp! Semua makanan tu banyak lebih. Aku dengan member aku Zahir je la yang jadi tukang habiskan. Best gila. Haha.

My shot of the event: Abg El with his jetsky ;)

Snorkeling dan Fish Feeding Lagi! Naik jetskwi dengan si pemandu extreme :p Model-model series baywatch, takpun Hawaii Five-0 :p

Sesi fotografi sebelum bergerak untuk jungle-trekking haha

Video? Ada..semestinya ada. Hehehe..

video
Video time memasak for barbeque

Secara keseluruhannya, camping ni memang best. Best gila! Next time kalau ada lagi memang nak join. Sesiapa nak join pun amatlah dialu-alukan. Betul..tak tipu..hehehe.

Cargas-Margas (3 orang dah balik naik bas) ;)

till then ;)

1 comment:

Miss Ayumi said...

Hoi best gila!! Rugi tak ikot masa abang el ajak hari tu. Cisss... Atie la ni. jual mahal. huh!

Post a Comment