
Salammmm 1 Malaysia
Sebenarnya dah lama nak post pasal benda ni, tapi oleh kerana kesibukan mendadak sebaik sahaja balik dari trip ni sampai lah sekarang jadi lambatlah post ni dipost di sini. wehiuu..
18 - 20 Februari lalu satu lagi camping trip anjuran bekas supervisor praktikel aku, Encik Elisa Mohd Isa atau lebih dikenali dengan nama 'Abang El' telah dianjurkan dan kali ini bertempat di Teluk Segadas, Pulau Pangkor. Ini dah kali ke-2 aku mengikuti camping anjuran Abg El ni selepas camping Kaki Rantau yang dia anjurkan 2 tahun lepas di Pulau Tinggi, Johor. Seperti biasa, camping Abg El memang tak pernah menghampakan. Dari segi aktiviti, makanan, tempat tidur, hiburan, semuanya tersusun rapi dan mantopp! haha
Seramai 11 orang attend camping ni, 3 orang datang lambat gila sabtu petang tu baru sampai. Aktiviti yang kitorang buat kebanyakannya seperti di Pulau Tinggi dulu. Mandi laut, snorkeling, fish feeding barbeque dan sebagainya. Yang lainnya camping dulu dengan yang ni, kitorang dapat naik jetski! Abang El tu 'extreme' sikit orangnya, dia boleh beli jetski sendiri pulak. Jetski tu pun bukan jenis yang biasa sewa kat tepi-tepi laut tu. Dia cakap jetski yg dia beli tu untuk long distance riding so speed dia lagi tinggi, lagi laju dan lagi gila lah cara dia bawak. Haha. Tapi untunglah kat kitorang, dapat jugak merasa naik menatang tu :p
















Video? Ada..semestinya ada. Hehehe..
Video time memasak for barbeque
Secara keseluruhannya, camping ni memang best. Best gila! Next time kalau ada lagi memang nak join. Sesiapa nak join pun amatlah dialu-alukan. Betul..tak tipu..hehehe.
till then ;)