Januari telah berlalu. Sudah sebulan kita kat 2011 ni.
So apa je yang dah berlaku sepanjang sebulan ni? Hmm okay kita mulakan dengan si mukadimah. haha. Awal Januari hari tu gue dan keluarga ke Kuching, mengikuti rombongan pengantin iaitu cousin gue yang telah selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya (cewahh) yang berasal dari Sarawak. yehh!
Cousin gue ni, Hussein namanya, adalah seorang staff IT di MARA dan juga bergiat aktif dalam bidang photography. Dia join photography company yang agak sohor juga la. Jadi masa dia kahwin hari tu photographer kahwin dia iaitu geng-geng dia sendiri tak paling banyak pulak kan. kalah artis! flash sana sini. haha. Bila tengok photographer-photographer dia main dengan kamera diorang tu, tak terbakar pulak perasaan gue ni kan..huhhh!!
Untuk pengetahuan korang, kamera D60 gue rosak last year. Sehari lepas gue buat lawatan ke UiTM Perak dulu. Oleh kerana kos nak repair yang agak mahal, gue hentikan sebentar hobi kamera gue dan kumpul duit.
Alhamdulillah, hasrat tercapai. Kini gue di-equip bersama D90, gue kembali beraksi! Banyak jugak la gambar yang telah diambil. Majlis Sanding cousin gue Hussein tu kat sini, Kahwin kawan gue, Karnival Sukan dan macam-macam lagi. Lepas gian beb..lol :p
Ni pun gue baru je balik dari Penang. Bercuti dengan keluarga sempena Chinese New Year (cewahh). Koleksi baju Hard Rock Cafe berjaya dikumpul lagi. yeh! Semalam balik KL. tak nak stay Penang lama-lama, takut jem. Semalam kat highway pun yang menghala ke utara dah banyak kereta. dan jem. salah seorang mangsa jem tu kawan gue, Farez Fauze. dia sangkut 8 jam untuk sampai Penang dari Puncak Alam. kesian. ish ish..
Dear Parents @ Queensbay, Penang
Hard Rock Hotel dan gitar gergasi, Penang
Makan @ near Jeti Pulau Jerejak, Penang
Farez
Hard Rock Hotel dan gitar gergasi, Penang
Makan @ near Jeti Pulau Jerejak, Penang
Farez
Itu saja kot buat masa ni. Gue agak slow berblogging buat masa ni. Kena 'bark up' balik ni. haha
till then! ;)
No comments:
Post a Comment