Sunday, January 3, 2010

Smart Tag

"Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama"

Semalam aku pulang sebentar ke bumi Shah Alam, bersihkan rumah sewa seksyen 8 tu dengan segala kekotoran yang pernah hinggap di situ. Alhamdulillah, kitorang tak jadi pindah rumah lain sebab last minit ada 2 orang baru join rumah kitorang. So sekarang dah jadi 9 orang. Rakan-rakan dari UiTM Perak juga. Diorang pun ok, semalam siap bersihkan rumah ramai-ramai lagi. Rumah tu kali ini bersih dan segarrrr...kecuali kat luar, lalang dah tinggi. Ahh, yang tu biar Felmi settlekan, nak sangat parking dalam kan. aha.

gunakan SmartTag untuk lebih cepat

Lepas kemas rumah aku follow 2 orang rakanku ke UiTM Shah Alam, pergi register. Alangkah terkezutnya aku bila aku tengok kat setiap fakulti dah ada palang keluar-masuk. Nak lepas palang tu kena ada pass dan pass tu hanya lecturer je yang ada. Apahal?? Adoi hilang selera aku mau belajar di situ. Parking kereta jauh kot kat depan engineering, kena berebut parking kat tempat yang sempit tu. Tu pun nampak gaya macam diorang nak pasang palang gak kat situ. Nak parking kat padang kawad memang hahahaharapan la kan, jauh pastu nak kena tunggu bas buang masa lagi kan alahai...

Anyway, selera nak study datang balik sebab timetable sem ni macam agak best je. Khamis kelas sampai tgh hari je dan jumaat tiada kelas!!!! hahaha. Tapi Isnin pack, I'm all occupied from 8.30am - 7.20pm whattheheck! Tapi takpelah hari lain sempoi~~






Happy New Year. 8 - 10 Januari mari ke Bukit Jalil. Till then ;)

2 comments:

Anonymous said...

ye ke mar?? cepat sgt ko update blog ni.. haha :D

Amar Syafiq said...

sial la ko housemate!!!! hahaha :p

Post a Comment