Wednesday, April 8, 2009

Kaki Rantau di Pulau Tinggi


Aha. Ambil cuti pada 3 dan 6hb pastu extend lagi 2 hari sebab demam. Terus dapat 6 hari cuti! hahaha best2. Anyway, nak cerita pasal kitorang pergi bercuti di Pulau Tinggi, Johor last week. Aku, Azril, Zahir, Ajip, Elisa, Sham, Diyana, Aida, Syima, Rose, Rozie, Shahrul, Chaped, Boboy dan Fiza. 15 orang kesemuanya. Kena berkumpul di tol sg besi 5pagi 3hb tu so hari sebelum tu aku, zahir dan ajip tido la umah azril. Esok pagi tu kitorang paling lambat! Ingatkan janji melayu so siap la lambat2. Tak tau pulak yang diorang punctual bab2 benda ni hahaha. Dalam 5.30 baru sampai tol. So bermula la perjalanan. Mula2 konvoi sama2. Pastu diorang nih bawak laju pulak, ade la dlm 160-170km/j. Tak terkejar aku yang bawak dalam 140-150km/j je. Ye la, tengok la diorang bawak kereta ape. So kitorang paling belakang. Layan je la lagipun dah plan nak stop kat ayer keroh untuk subuh dan breakfast.

Lepas breakfast sambung memecut. Macam biasa lah kena tinggal lagi haha. keluar highway ayer hitam, harungi jalan dalam menuju ke Kluang sambil memecut lagi. on da way ke Kluang kereta kitorang boleh sesat pulak. Dah nak ke Mersing group2 lain tu call cakap jangan pergi situ dulu, diorang ada kat Pasar Awam Kluang nak beli barang. Punyalah cari jalan camne nak ke pasar tu. Siap berhenti tanya orang lagi. Nasib baik jumpa. Rupanya diorang nak beli barang-barang makanan untuk berbeque nanti. Borong habis. Ayam, ikan, sotong, kambing, macam-macam lah.

Sambung balik pecutan. Dari Kluang seterusnya ke Mersing. Ada la dalam 91km perjalanan. Ikut jalan dalam yang 1 lane dan jalan hutan yang sunyi sepi tiada orang mahupun kereta, kalau ada pun 1-2 itu pun 10minit drive baru jumpa. Macam biasa lagi, kena tinggal. Memang survivor la kitorang 4 orang dalam kereta tu. Dalam sejam lebih drive jalan hutan tu baru la jumpa balik jalan yang tak sunyi. Seterusnya terus ke Tanjung Leman. Sampai tanjung leman naik ferry dan dalam 1 stengah jam sampai la ke Pulau Tinggi. Set up tempat camping dan pasang khemah. Petang tu semua terjun laut, mandi! Elisa, Shahrul ambik peluang ni bukak kelas belajar snokerling, untuk orang-orang yang first time macam aku ni biasakan diri untuk snokerling nanti. Best best. Malam tu start lah berberque. Kalau tengok dari segi stock makanan yang kitorang bawak, memang tak nampak macam camping. Mewah giler! Ikan, sotong, udang punyalah berlambak! Sampai tak habis makan lah malam tu walaupun dah panggil beberapa orang kampung datang join. Kenyang..terus zzzz..

Keesokannya pagi2 free & easy time. Aku dan Ajib pegi la jalan2 cari khazanah2 tepi laut. Jumpa la ketam, anak penyu, coral-coral, ikan-ikan, ape benda yang warna biru tu ntah. Tapi yang geli kitorang jumpa ialah timun laut. Hitamnya, panjangnya. pergh! Banyak pulak tu. haahaha. Pastu Zahir, Syam, Azril Join. Amik gambar sket kt situ. Petang lepas lunch naik boat. Pergi melawat kampung kat situ. Dapat minum air kelapa. Sedap2..lain la rasa dia dari air kelapa kat JB hari tu. Lepas sesi lawatan naik bot lagi round 1 pulau. Mula2 plan nak masuk gua tapi orang bot tu cakap gua xboleh masuk, air dah naik so jalan2 je la. Kemudian aktiviti yang dinanti, snokerling! Masing-masing terjun! Wah seronok betul bila dapat tengok hidupan2 laut. Cantik giler! Tapi takut gak la sebab kat situ banyak landak laut. Tajam. Orang bot tu cakap landak laut tu tajam sampai boleh tembus kaki walaupun pakai fin. So kena hati-hati. Habis snokerling balik ke khemah, sambung mandi! Malam berbeque ayam dan kambing pulak. Banyak giler jugak! Tak habis, siap sedekah lagi kat orang kampung. Malam tu takde aktiviti sangat. Main terup dan borak2. Kemudiannya zzzzz...

Hari ke-3. Bangun pagi. Khemah agak basah. Kaki aku pun basah. Hujan rupanya malam tadi. Khemah biar terbukak so air masuk la sikit. Lepas breakfast naik bot lagi. pergi snorkeling tp area lain. Wah sini lagi banyak ikan ada. Tapi sini banyak orang komplen kena gigit ngan ikan kecik2 tu. Kutu air kot. Badan gatal2. Habis snokerling balik khemah. Pack2 barang, dismantle khemah dan barang2. Lepas lunch ferry sampai. Selepas 1 stengah jam lagi sampai la ke Tanjung Leman. Dalam pukul 5 camtu. Tak dapat tengok f1. tension beb. hahaha tapi takpe la, bkn selalu. Pecutan bermula lagi, tapi kali ni agak bersama la, sebab hujan so takde lah kena tinggal. pukul 7 sampai Kluang. Berhenti jap pergi makan. Pukul 8 sambung. Pecutan. Stop kat Ayer Keroh. Kumpul ramai-ramai sebab ni kira last stop la untuk konvoi. Lepas ni masing-masing ke haluan sendiri. So buatlah acara ala-ala closing ceremony. Masing-masing bagi short speech dan kemudian kitorang bergambar. Abis ceremony masing-masing gerak pulang.

Best lah camping kali ni. Makan memang mewah, takde rasa kebulur pun time camping ni. Pastu belajar snokerling lagi. Rasa makin confident berenang tempat dalam. Apa-apa pun nak ucap thanks kat Elisa dan Azril Ajib coz sponsor Aku dan Zahir sikit dari segi kos, makan, minyak, tempat tidur. Kitorang tengah sengkek time tu..hahahaha...lain kali kalau ada plan lagi ajak la ye.

Till then ;D


2 comments:

MoY.Axili said...

dem u!!best :(

Amar Syafiq said...

haha. ala xpe, nnti kite plan ;)

Post a Comment