Saturday, March 14, 2009

Hot FM Big Jam 2009


Di mana adanya event yang memerlukan khidmat live streaming, di situ adanya kami. Haaa! Seterusnya kitorang ke Johor Bahru bersempena HotFM Big Jam 2009 yang berlangsung pada 1 Mac 2009 di tempat letak kereta Festive Street Mall, Danga Bay.

Bertolak ke JB sehari sebelum event tu, iaitu pada hari Sabtu 28 Februari (birthday liana) haa. Our ‘boss’ Mr.Elisa dah gerak awal dan dah ada kat sana dah pun. Kitorang berkumpul di Sri Pentas jam 9pagi. Yang bestnya kitorang naik bas skali dengan artis plak. Terus kena ‘chop’ sebagai band ‘The Streaming’ hahaha. Perjalanan mengambil masa 6 jam termasuk berhenti makan dan sebagainya. Kitorang memang banyak tidur je la kat dalam bas tu, rehat cukup – cukup coz lepas ni kena kerja sehari suntuk untuk 2 hari.

Tiba di Danga Bay jam 3ptg. Sampai – sampai bukannya pergi hotel check in dulu tapi terus buat kerja. Masuk ke kanopi kitorang dan terus bukak video toaster, pasang laptop, set up and test streaming. Artis pulak ada sound check so sambil-sambil diorang perform kat atas stage tu kitorang test la streaming. Ada problem plak la time nak set up streaming tu. Internet yang kitorang langgan dari Maxis tak boleh buat connection plak 1 hari tu. Nasib baik ada backup Internet dari IPSAT. But still memang kena pakai 2 connection, 1 untuk streaming dan 1 lagi untuk upload content kat web. Cable dari OB plak tak boleh nak keluarkan output ke video toaster. Audio pulak tak keluar. Macam-macam lah dugaan time tu. Haaaa. Sehari suntuk tu try solve problem-problem tu. Berkat kesabaran dan ketekunan kitorang akhirnya dapat jugak la selesaikan masalah-masalah berkaitan. Cuma yang tang Maxis tu je still belum ok lagi coz memerlukan orang dari Maxis tu sendiri untuk datang check and betulkan apa-apa yang patut kat situ.

Habis sound check kitorang pun pack barang dan chow. Sebelum gerak pergi hotel singgah la festive street mall tu. Boleh tahan la, ala-ala batu feringghi tapi kureng sket sebab barang-barang dia mahal. Air kelapa dia pun rasa semacam je. Tanye member dia cakap tu air kelapa selat tebrau, sebab tu lain. Boleh plak macam tu. Habis jalan-jalan kitorang pun gerak ke hotel kitorang, The Grand Paragon Hotel. On the way ke hotel kitorang round JB dulu. Dapatlah tengok Singapore dari JB tapi gelapkan bukannya nampak sangat dan Singapore yang mengadap JB bukannya ada apa pun. Sampai hotel aku dan Zahir terpegun jap tengok bilik yang kitorang dapat. Besar gak la siap katil sorang satu lagi. Haaaaa. Penat punya pasal balik tu lepas mandi terus tidur.


Keesokannya awal pagi dah bangun. Pergi breakfast dan lepas tu terus gerak ke Danga Bay. Maxis punya problem tu still belum settle lagi coz orang dia belum sampai. Lepas dah set up balik streaming kerja kitorang ialah kena tunggu je la sampai pukul 4 sebab konsert start petang. So kitorang banyak la masa lapang dan waktu itu aku gunakan untuk berjalan-jalan ambil gambar. Nasib baik ada tag ‘crew’ so boleh access ke mana-mana, tiada gangguan daripada security. Petang tu konsert start. Yang Maxis punya hal tu tak dapat settle sepenuhnya so terpaksa lah share Internet connection dari IPSAT tu. Kitorang buat kerja secara rotate so boleh la gilir-gilir pegi tengok konsert kat depan. Petang tu hujan lebat plak tapi orang-orang JB yang datang tengok tak berganjak pun tetap stay kat situ sampai lah ke malam. Time malam aku banyak lari pegi amek gambar kat depan sebab malam banyak artis-artis best perform. Habis Meet Uncle Hussain perform maka berakhirlah HotFM Big Jam 2009. Kitorang pack semua barang-barang streaming, hantar ke lori dan kemudiannya chow balik ke Hotel. Penat kaw-kaw sampai after party pun tak pergi.

Esok tu macam biasa bangun pagi, pergi breakfast dan get ready untuk pulang ke KL. Bertolak jam 11pagi dan tiba di Sri Pentas jam 4petang. Secara keseluruhannya HotFM Big Jam 2009 memang seronok. Dapat pergi JB, jumpa dan berkenalan dengan ramai artis, makan free, hotel free, jalan-jalan free, streaming berjalan lancar. Best lah. Artis pun sempoi macam Lotter dan Aizat siap lepak dengan kitorang lagi, dalam bas buat lawak la. Overall memang best.

No comments:

Post a Comment